Sabtu, 3 Januari 2015

Bulan madu di Villa Warisan J.A


Salam semua. Tak terlewat untuk aku tulis pasal honeymoon aku & hubby sebelum berakhirnya tahun 2014. Kami plan dah lame tapi tak pernah jadi hahaha. Hubby asyik sibuk degan kerja. Aku plak memang kaki jalan. Jadi untuk tahun 2014 kami rancang nak pergi honeymoon di JB. Setelah berhari-hari aku google hotel terbaik di JB nhh aku terjumpala satu Villa Warisan J.A berdekatan dengan kediaman Menteri Besar Johor....suasana dia walaweiii..macam dekat Bali. (Mcmla aku pernah pergi Bali kan?) Tgk gambar macam dekat bawah nhh hehe best bukan?


Bahagian hadapan villa (Sumber dari Google)




Jadi pada 24.12.2014 aku dengan hubby pun bertolak ke JB. Sebelum pergi aku dah tanya pakcik & sepupu aku pasal villa nhh...hmmmmm tapi hampeh semua tak tahu. Smpilah kawan hubby aku nama Ayem bawakan kami ke villa tersebut bersama wife dia. Tq Ayem & wife...kami tiba agak lambat jugak. Dalam pukul 9.00 malam baru sampai. Dekat bawah nhh aku masukkan gmbar-gambar yang sempat aku snap...layannnnn
Ruang tamu villa yang ada pelamin








Bahagian luar villa menghala ke kolam renang
Ayem & hubby tengah jalan-jalan tengok villa


Ini bahagian pintu untuk msk ke bahagian pendaftaran. Mlm ms kami smpi ade sorang staff Indonesia yang jaga. Sangat ramah. Ayem & hubby nk tgk bilik2 kat villa dia layan je. Hehe

Kolam renang yang ada di Villa Warisan J.A
Kami dpt bilik 201 yg dekat atas. Jom tgk gmbr dlm bilik plak

Dalam gmbr tu semestinya aku la kn...

Bilik dia super duper best. Bilik dia penuh dgn ukiran. tak dapat merayap Bali pergi sini pun jadi la kan....harga untuk satu malam adalah RM250 (promosi). So kalau korang nak pergi lebih baik cepat sementara tgh promosi nhh. Jom layan gambar-gambar dalam villa.


Suasana dalam bilik













Kamar Mandi
Sarapan pun dia bagi sekali. Malam itu hanya kami berdua je yang check in...so mstla esk kami berdua je yg sarapan kn...tepat pkul 9 pagi staff  villa dah kejutkn kami suruh kami turun sarapan tapi aku & hubby tak mahu sebab malu hahaha boleh plak mcm tu...tapi mereka suruh turun jugak...rase mcm raja pulak sebab makanan dia hidang atas meja besar...hubby suka la tu sebab ade menu kegemaran dia nasi lemak
.

Hubby tengah breakfast nasi lemk. Suke ler tewww

Kami check out pada 26.12.2014. Lepas breakfast kami kemas-kemas nak balik rumah ibu plak. Kesimpulan yg aku boleh ckp psl Villa nhh memang best. Sesiapa yang sukakan kedamaian memang sesuai datang sinu. Untuk yg nak honeymoon pun lagi sesuai tempat nhh. Staff dia semua baik-baik & peramah. Lastly layan gambar aku dengan hubby dekat pelamin yang ada di Villa nh.hihi over taw



Sesiapa yang hendak pergi Villa nhh boleh hubungi nombor nhh 07-2288333. Booking dalam telefon pun boleh. Smpai Villa baru bayar. Mudahkn? Dibawah ini aku sertakan sekali Map untuk kesana sebagai panduan dan juga alamat.


No 88, 
Jalan Abdul Rahman Andak, 
Johor Bahru City Center, 
81000 Johor Bahru